Wednesday, December 16, 2009

Pembaziran harta.

Assalamualaikum.

Siapa percaya benda-benda, uhm karut?

Mesti ramai tak percaya kan. Well, I do. Haha. Bukan pengaruh TV. Well, kalau kamu percaya adanya Allah, maknanya, sedikit sebanyak, kamu pun percayalah ada makhluk lain di dunia ini.

Walaupun sekarang ni dah abad ke-21, tapi benda-benda ni masih wujud.
Orang sekarang, makin lama makin ke belakang. Kalau ada benda yang tak puas hati, bukan nak cakap depan-depan, main tikam belakang. Kenakan orang dengan menggunakan cara halus. Pergi bomoh sana, prgi dukun sini. Bayar beribu-ribu, beli hantu untuk kacau si mangsa. Yang hasad dengki, jenis tak boleh tengok orang lain senang, selesa, jadikan si mangsa, lemah, tak bermaya. Susahkan. Biar tak boleh kerja, tak boleh belajar. Tak boleh nak jaga rumahtangga. Ini jenis orang luar. Tak mengapa lagi.

Cuba bayangkan, kalau keluarga sendiri yang buat. Selalunya, mak mentua yang tak suka menantunya. Depan anak punyalah baik. Belakang anak, subahannallah. Dianiayanya menantu tak ingat akhirat. Rumah kata pergi, kubur kata mari pun masih nak berlagak. Tak cukup lagi, anak cucu pun dikenakan. Jadi bodoh, cacat, tak dengar kata. Anak? Dibutakan hatinya. Biar tak sedar tentang apa yang berlaku. Jadi bodoh. Kalau dah darah daging sendiri pun nak dibinasakan, tak tahulah. Tiada hati perut.

Ni kalau nak menurunkan saka pula. Kasihan dekat si kononnya pewaris. Benda yang tak elok diberi. Badan yang tidak biasa, mula memberontak. Kepanasan tak tentu hala. Fikiran mula menjadi serong. Yang baik dinampaknya jahat, yang jahat dinampaknya baik. Hidup mula terjejas. Tiada lagi rasa hormat, sayang. Hanya ada keseronokan dan kebebasan. Keluarga, menjadi begitu terasing. Agama, bagaikan permainan. Tiada lagi pegangan hidup. Bagaimana mahu mencapai syurga? Kepada yang ingin mewariskan, mengharapkan proses berlaku dengan cepat. Azab tidak tertanggung. Azab yang dahulunya konon pembantu diri. Azab yang dicari. Azab yang dibeli. Azab yang dipuji, dimegahi, suatu ketika dulu.

Ini hanya satu peringatan buat diri. Terimalah diri seadanya. Tidak perlu menjatuhkan orang lain, hanya perlu meningkatkan diri. Tapi, jangan pula dengan cara mensyirikkan yang satu. Hanya Dia tempat kita bertumpu dan meminta. Tiada yang lain. Terima orang dengan seadanya.

Kan lebih elok kalau duit yang digunakan untuk beli hantu, didermakan. Ada juga faedahnya.
Derma yang baik adalah derma kepada ahli keluarga sendiri. Ada hadis/firman pasal ni. Ustaz pernah cerita.


Pja

Kimia - Melda Ahmad


C Em

Aku mula jatuh hati kepadamu

F G

Setelah kau kata cinta padaku

C Em

Masing-masing dulu punya pasangan

F G

Akhirnya kita bersama

C Em

Pertama kali kita bersua bertentang mata

F G

Terasa ada kimia di antara kita

C Em

Kau kucup pipiku,kau bisikkan cintamu,

F G

Kau kata baby I love u,kau cairkan hatiku.

C Em

Bahagia ku rasa,


F G
Disaat kita berdua bersama,

C

Memandang bulan terang,

Em

Menyaksi bintang-bintang,

F G C

Kau seru aku lah pelangi cintamu




Lagu ni sangat sweet. Suka. Very light.

Okay. Nak belajar main lagu ni. Tapi, sangat tak pandai strum gitar. Grr.

Yan, kau belajar ni, pastu ajar aku. Huahua.


Pja

Sunday, December 13, 2009

Insomnia?

Assalamualaikum.

Sekarang pukul 3 pagi sudah. But I can't sleep. Feeling restless. Oh God. I want to sleep, I do, but my heart wants me to be awake and wait. Yes, I know it's pointless to wait. It's just that, I always do something stupid. Like this. Shoot. I will make sure he pay for this. Not to forget other things that I've done.

Arghh. Susah! I want to shout and tell! But I end up spill nothing to no one. But I need to get things confirmed and secured first. I feel this uneasy feeling about letting it all out. No. Everything needs to be perfect. How perfect is perfect? I, myself don't know.

Geez.
When will my desire come to live?
Let's hope for the impossible.
It's good for brain explosion. Seriously.

Pja

Nukilan 12 Disember 2009

Assalamualaikum.

Aku sangat pasif hari ini. Haha.
Biasalah, hari minggu.
Tak kan kemas rumah atau dapur pada hari minggu.
Mengapa?
Sebab parents ada kat rumah.
Tak suka buat kalau mereka ada.
Memang tak suka sebenarnya buat kerja depan orang. Study ke mengemas ke even sembahyang.
Tak suka buat depan orang. Sanggup tunggu orang takde baru buat. Haha.
Lagi satu kalau disuruh. Haram nak buat. Kalau nawaitu dah ada, pastu tiba-tiba ada orang suruh buat, memang sorry x sentuh langsung. Haha. Baik jangan nak pandai-pandai jadi boss ya. Nanti aku akan mengaruk. LoL

Hah.
Tadi went to a wedding. Dekat je dengan rumah. Tapi naik kereta haha. Orang zaman sekarang.
Satu perkara tak best jadi. Tengah happy-happy cakap, sambil ambil lauk, boleh pula Mak tertolak pinggan eden. Dah la tengah bawa style letak atas tapak tangan. Aduh. Pinggan buat front flip, jatuh atas lauk. Hahaha. Malu je. Hish. Jatuh market. Aduh.

Ouh, dapat goody bags, 3. Hijau pekat, hijau cair dan coklat. Mak pakai baju hijau pekat, Ayah pakai baju coklat, aku pakai baju hijau cair. Sesuai sangat. Haha.

And ada satu yang tak dapat diceritakan. Biarlah rahsia.

Then went to Giant. Yang baru di Bukit Indah. Banyak kedai baju. LOL
Okay, barang-barang makin mahal. Ingat lagi dulu masa kecik-kecik, ikut parents beli barang dapur, selalunya dalam RM200++ max. Sekarang, dekat RM800 okay. Mahal!!!
Atau sebab aku yang main cekup barang? Haha. Ntahlah. Tapi mahal. =__=
Itu tiada barang basah sangat. Still, kat rumah tiada apa untuk dimasak. Sayur daging ayam apa tiada. Hanya beli stok barang-barang lain.
Nak masak!!!

Aduh.
Lepas tu, boleh pulak aku beli compact powder beige. Siolan betul lah. Rasanya ambil bahagian natural. Siapa yang pandai-pandai tukar susunan?! Grr.


Sedang memikirkan, patutkah aku menunggu lagi?
Lembab sungguh!
Cakap je dia nak tunggu, balik-balik aku juga.
Aduhai.
Cuti dah nak habis.

Big possibility, kena balik kampus 28th.
Kenapa? Sebab nak kena perform untuk Pengarah on, 1st Jan kot.
Argh!
Nak pergi Pahang krismas nanti. Balik 27.
Penatlah Ayah nak drive. Sengal betul!
Tak nak pergi!!!
Tapi nak main. T.T

Ouh. Saya sudah bertambah berat dan bertambah lebar. Even after all those chores? Sangat tidak berbaloi. Tidak suka!
Nak pergi Taekwondo lah. Rindu!!

Saya,
Pja

Saturday, December 12, 2009

No mood

Assalamualaikum.

I don't have the will to blog today.

Cis~!

Tapi kenapa nak tulis juga? Tak tahulah.

Pja

Friday, December 11, 2009

Result Part 1

Assalamualaikum.

The wait is over.

I thank God for the result.
I've achieved my goal.
Syukur.

Can't wait to tell my parents!!!

Click to enlarge



Terima kasih.

Pja

Result

Assalamualaikum.

Hye.
I am feeling so nervous now.
Well, pasal result lah.

Aku punya fikir pasal result sampaikan malas nak blog pasal lauk yang aku masak tadi.

Daging masak kicap. Main campak bahan. Haha

Punyalah fikir pasal result sampaikan aku malas nak cerita yang esok adik-adik aku akan dihantar ke satu kem motivasi, lalu tinggal aku seorang.

Ijan

Me and Syira

Aku punyalah risau pasal result sampaikan aku lupa yang aku selalu lapar walaupun baru makan beberapa masa yang lalu sejak akhir-akhir ini.


Sumber
Selalu begitu. Tapi tiada mengidam apa-apa pun.


Aku punya cuak pasal result sampaikan aku tak sedar yang aku tak suka guna touchpad dan aku akan ke PC Fair hujung minggu ini untuk membeli satu tetikus. Dan juga satu external hard disk kalau ada rezeki.

Sumber
Comel kan?

Aku punya pening pasal result sampaikan aku tak pernah berhenti mengharap yang dia akan online.

Perlukah aku jadi begini?


Aduh.
Kenapalah aku tak boleh check lagi ni?

Pja

Wednesday, December 09, 2009

Dinner di Danga Bay.

Assalamualaikum.

Baru balik.
Tadi pergi makan kat Danga Bay.
Everything was doing just fine, borak-borak apa semua.
Order sampai agak lambat, then ada yang tak sampai.
Lagi sakit hati, table sebelah datang lagi lambat, ada order the exact same thing, lagi banyak, boleh sampai sekejap.
Ayah's? Dia tak buat langsung.
But the order-taker clearly repeated the order.
So, kena bambu la mereka-mereka tadi.
My father, muka nampak garang, bila dah marah, bertambah garang.

So, if I were in their state, memang tak suka kalau ada guests marah-marah.
I once worked in a restaurant, so, I tau situation macam mana.
Macam mana pun, it was their fault. No communication among others.
Nak kata kedai biasa, well, they price agak mahal. Ala-ala cafe gitu. Walaupun macam warung.
So, macam tak berbaloilah kan.
AND! I noticed, I heard no sorry. Nuh'uh. None. Zero. Naada.
Aku pun bukannya suka kalau Ayah marah-marah kat kedai makan. Tapi, dalam keadaan tadi, memang patut marah.
Kalau aku pun marah, bila tanya, buat bodoh. Dah state dah pun, no immediate action. Haha. Adoiii.
Tapi tu la, yang sakit hati, dia tak cakap sorry. Langsung. Macam mana berniaga tu bang oi?

But, on the guests' side. Kena timbang rasa juga. Fikir.
Salah siapa. Jangan main marah orang yang tak tau apa-apa.
Kasihan juga, tukang masak yang cuma buat order kena marah.
Tukang ambil order? Entah ke mana.
Patutnya, kena tanye orang yang ambil order kita. Sigh.

Then, tukang ambil order kena ambil tahu, semua dah dapat ke belum.
Haha ini semua pengalaman. Masa dolu-dolu try part time, isi masa lapang.
LoL

Kita treat orang baik, orang treat kita baik.
Nasib malang, kita kena.
Tak gitu?

Love,
Pja

Tuesday, December 08, 2009

Cleaning

Assalamualaikum.

The best way to be out of boredom is to clean.

I cleaned up downstairs today.
I'd like to do the same to my bedroom.
Need to rearrange everything.
Sekarang ni nak solat pun agak sempit-sempit.
Adoi!

Actually, I've been wanting to clean up my room since forever. Hahaha.
But then, selalu tak sempat.
Pagi-pagi, senantiasa lepak.
Start mengemas buat kerja rumah semua around noon.
Dapur, living room, baju-baju.
And I have this habit, bila cleaning mode is on, I'll make sure EVERYTHING is in the PERFECT order. Macam kalau kat sink, tak nak ada sikit pun titisan air. Kitchen cabinet semua di lap. No stain. Like, perfect lah! So, selalunya kemas dapur mengambil masa at least 20 minit. Depends, kalau ada banyak pinggan mangkuk yang nak dicuci, lama lah. Haha.
Then, kalau rajin, masak. Uh beginner, so, agak lembab. Ambil masa juga.
Bila dah masak, kecah balik.
Kemas balik. Hahaha.
Lepas tu, kemas depan pulak. Okay, before that, makan dulu.
Nak sapu pun lama. Satu spot tu, sapu 4-5 strok. Gitu lah. Haha. Mata sangat tajam, selalu nampak habuk terbang balik. Sapu lagi. Hahahaha. Adoi.
Well, sebenarnya boleh cepat siap. Tapi, pada waktu-waktu tertentu, ada TV show yang tak nak miss. So, lepak tengok TV.
Tup tup, dah nak Maghrib.
Macam mana nak kemas bilik?
Hahahaha

Mungkin perlu kemas pagi?
Btw, aku kemas bilik ambil masa satu hari suntuk.
Wahahaha

Pja

Sunday, December 06, 2009

Healthy.

Assalamualaikum.

I have a friend, she is somewhat Herbalife agent.
Something like that.

So, during LIBB, there is this one night, where I wanted to know my current weight.
So, I stepped on the machine, looks like a normal "penimbang berat", but it actually counts all my fat and whatsoever. I can't remember much.

So, the result was, I was 46kg. For my height, I should weigh at about 52 kg.
Hmm

And my fat, normal. But she did mention, I need to watch my diet, because it could increase. Hmm

And, she also did mention that I am not having enough calcium for my body.
But I love to drink milk. That makes me wonder, how many glasses of milk do you need for your body per day?

So, I'm opting for the healthy me. Haha

I start my day with a glass of honey drink. Tastes great.
Trying to drink loads of water. Not really succeeding, but I'm trying. My skin is like a nenek's. Haha sigh
And I try to drink a lot of milk, tanpa menghabiskan semuanya dalam masa satu hari. Haha

Ada apa-apa cadangan lain?

Pja

Prettiest Friend



This is what I look like today,
and I'm trying not to pull out my hair,
I'm trying hard to grow it
but I'm far too shy to show it back there.

That's probably why I like wearing hats.
There's no denying I'm deferring the facts.
Avoiding confrontation
lacks tact in a situation
behind every line is a lesson yet to learn.

But if you ask me,
the feeling that I'm feeling is overwhelming
and oh, it goes to show
there's so much to know.

I wrote this for my prettiest friend,
but while trying not to prove that I care.
I was trying not to make all my moves in one motion and scare her away.
She can't see she's making me crazy now.
I don't believe she knows she's amazing how
she has me holding my breathe
so I'd never guess that I'm a none such unsuitable, suitor/suited for her.

But if you ask me,
the feeling that I'm feeling is complementary
and oh, it goes to show,
the moral of the story is boy loves girl
and so on but the way it unfolds is yet to be told.

I know that I should be brave,
even pretty can be seen by the blind.
I know that I cannot wait,
until the day we finally learn how to find each other
redefining open minds.

And if you ask me,
the feeling that I'm feeling is overjoyed
and it's golden, it goes to show then,
the ending of this song should be left alone
and so on cause the way it unfolds is yet to be told.

____________________________________________________________________


Sangat romantis kalau someone nyanyi lagu ni, sambil bagi bunga yang diletakkan cincin di atasnya, lalu propose.
Kalau aku, confirm terima. Tapi, mesti yang berkenan di hati lah. Haha

p/s: Ignore lyrics dalam video, ada kesilapan di sini dan di sana.

Love,
Pja

Weddings.

Assalamualaikum.

Hari ni, kakak Has kahwin.
Tahniah tahniah.
Setelah sekian lama.
Yang abang-abangnya masih bujang.
LoL

So, tadi pergi makan nasi minyak di rumah Has, eh tak, di dewan serbaguna.
Ada cendol. No, ada booth cendol. Agak jakun seketika. Hahaha

Then, kami pergi ke Batu Pahat. Ada wedding anak kepada sepupu Mak. Mak kata lama tak pergi situ. Hmm.
Ada this pakcik, Mum's cousin, yang layan kami dengan bersungguh-sungguh.
Segan sangat. o.0

Kat sini lagi lah.
Let's see.
Ada nasi minyak dan lauk-lauknya, yang seperti biasa ada di setiap majlis jemputan orang kahwin.
Ada nasi putih dan lauk-lauk kampung yang sangat sedap. Banyak.
Drinks. 5 jenis yang sejuk, kopi dan teh.
Kuih-muih, bermacam jenis.
Okay.
Ada roti canai, tebar kat situ juga.
Ada mi goreng kawah.
Ada cabutan bertuah.
Ada zapin masa orang tengah makan, macam show.

Haha.
Rasa macam dekat bazaar pun ada. Macam dekat Pesta Makanan pun ada. Macam-macam la.

Ingat lagi.
Dulu masa kecil-kecil, kalau pergi wedding, berharap sangat tuan rumah bagi gula-gula. Kalau dapat telur, mesti rasa sangat hampa. Dapat gula-gula, walau sikit mana pun, rasa sangat gembira.
Tapi bila dah besar ni, setiap kali pergi wedding, nak dapat telur rebus tu, sangat susah. Selalu dapat coklat. Tak pun goodies yang lain. Hampa sungguh.
Tadi, ada dapat bunga telur, tapi tak dapat telur. Dia kasi epal.
O.O

Betapa kreatifnya orang-orang zaman sekarang ini.
Hahaha

Kalau masing-masing inginkan kelainan, lama-lama, the ones yang stick to the original bunga telur yang akan menjadi orang yang lain daripada yang lain.

Tak begitu?

Nanti, kalau nak buat majlis kahwin, nak tempah makanan apa ya?

Pja

Friday, December 04, 2009

I want to be the best cook, at least for my family.

Assalamualaikum.

So, today I cooked Sup Tulang. :D
Okay, maybe my mum cook it, but, I was the one in charge to control the heat, add up water, put all the ingredients, salt [crucial]. Yeah. Pretty much I did cook.

Hahaha.

I love cooking, and baking.
Back when I was form 3, I was active in the kitchen. That's when I baked my first chocolate cake. First try, quite delicious. The next try, God, not edible. Hahaha.
Usually like that, first try is okay, the next, blergh.
Though I did everything that I did for my first try. I guess. Okay, maybe I did alter here and there, given the limited ingredients in the kitchen.
My mother, seldom cook, only during the weekends, thus, tak banyak benda yang ada kat dapur.

My recipes? You wouldn't want to know.
I love to watch cooking shows, so, I picked up a lot of tips.
Macam-macam ada.
So, I usually end up mix all of those tips. Haha.
For example, oh never mind.

Hahaha.

So, this holiday, I have decided, I want to sharpen up my culinary skills.
Hmm.

But, I just don't know what to cook.

Sila cabar saya untuk memasak sesuatu.
Terima kasih.

Pja

Sila, beri komen.

I just want to ask for opinions.

About my blog.
The layout, the contents.

Contents, paling penting.
Ada pendapat, sila tulis pendapat anda di ruang komen, bukan di chatbox.

Terima kasih.

[Lagak macam ramai je yang baca blog aku ni]


Love,
Pja

Thursday, December 03, 2009

Kebencian yang memang tidak dapat diluputkan.

Baru sahaja mula, hati dah mula membuak-buak dengan kebencian.

Dari dulu lagi, aku memang tak suka dengannya.

Benci!

Sakit hati, aku memang tiada kesabaran.

Tak suka langsung!

Urgh.

Siapa tahu macam mana nak edit blog ni?
Dengan senang.
Aku memang tak suka guna pimp-my-profile ke CSS generator ke apa ke.

Nak guna editor yang ada kat blog ini, tak jumpa pula button untuk edit tables. Grrr
Susah lah!!!

Pja

I don't want to be available in the house 24/7!!

Assalamualaikum.

Now, my daily routine is, wake up, clean up, cook, eat, sleep, blog and pray in between those activites. Ikut waktu lah. =_=

I want to jog, but, selalu tertidur lepas Subuh. Tak kan nak jogging pukul 6 pagi. O.O
Lepas tu, bangun dah lambat. Bagus.

Actually, I want to go to a lot of places. Hmm. Ada this one Gig/Concert/Whatever kat KL kot. Something anjuran TM. Hahaha. Macam nak pergi, tapi jauh sangat kat KL.
And, I want to go to KLWMBC. Kuala Lumpur World Marching Band Competition.
I got to know about this daripada blog Ayieq, dia ada tulis a few posts pasal ini. Dia jadi volunteer. Then, masa LIBB, seniors boleh pula tunjuk video competition last year. Oh my god, best gila! Hahaha. Ambil gambar pun lawa. Lagi la membuak perasaan nak pergi. Sekarang dah start rasanya. Tak ingatlah. Tapi ada several venues. Nak pergi tengok!! Again, dekat KL. Sigh. And I do not know whether the public is allowed to watch or not. Hmm
They never mentioned about it. Sigh.

Guys, siapa yang nak ikut aku? Menari! :'(

Kalaupun ada yang nak ikut, parents aku bagi ke? Sigh. Mengapakah semua benda perlu dilakukan di KL?
Kenapa parents aku decided to move to JB back then?
Arghh~~!!

Pja

Perlukah?

Assalamualaikum.

Saya adalah seorang pembaca blog yang tegar.
Dari blog kawan-kawan sehinggalah blog stranger yang agak terkenal.
Walaupun begitu, mereka tidak pernah mengetahui kewujudan saya, memandangkan saya hanya membaca, tidak pernah memberi komen atau apapun yang boleh menonjol dan mengenalkan diri kepada mereka.
I just don't know what to comment. Haha.

I once said this to my friend.

"Suka hati kau lah nak tulis apa pun. Blog kau. Tak payah fikir apa orang nak kata."

Maybe, sebab itu saya tak pandai nak komen posts orang. Cuma komen posts kawan-kawan. Hahaha
Itupun jarang-jarang.

But, tadi ada terbaca satu blog ni.
Dia agak marah dengan seorang perempuan yang dikatakan player, yang telah membuat sepupunya jatuh sakit dan mengambil PMR di hospital, gara-gara perpisahan kedua mempelai itu.

That made me think. Kenapa dia nak sibuk-sibuk marah? Dan apakah relevannya dia mengemukakan post itu? Okay, blog dia, suka hati dialah.

Tetapi, mengapa dia perlu marah?
Sebab sepupunya menjadi mangsa?
Kalau nak diikutkan, perpisahan itu, bukanlah satu perkara yang besar. Kalau dia jatuh sakit, perlu ke perempuan itu menjadi puncanya? Itu hanyalah cinta monyet. Cinta yang berdasarkan nafsu dan pemikiran yang kurang matang.
Buktinya, sejurus selepas perpisahan, perempuan itu terus pergi kepada lelaki lain. Yang si lelaki pula, terus menerus membenci dan melemparkan sifat-sifat keji pada perempuan itu. Manakah rasa cinta? Tiada.

Okay, berbalik kepada penulis blog, kami sebaya. Tetapi, pemikiran kami agak berbeza. Berdasarkan first impression, bak kata Raja, "Macam gampang."
Haha.
Ya, kita tidak boleh menilai seseorang jika kita tidak lebih dahulu mengenal dia, tetapi, setiap orang akan membuat pandangan pertama mereka, bukan?

Pada saya, tidak kisahlah apa pandangan pertama orang terhadap saya, asalkan saya menjadi diri sendiri. Namun, setiap kata orang, perlulah kita ambil kira, sedikit sebanyak, ia membantu kita, to be the better self.

Love,
Pja

Wednesday, December 02, 2009

Exams

Assalamualaikum.

Tadi, bila sedang makan cucur udang buatan diri ini [instant], terfikir, tahun depan, Syira naik darjah 5. Tahun depannya lagi, dia naik darjah 6. Wahh UPSR. But, knowing my little sister, she's one lazy girl. Warisan bakat, eh bukan, perangai kakak dan abangnya. Ya, kami adik-beradik memang sama. Semua pemalas. Cuma berbeza dari tahap keterangan hati dalam pelajaran. Ini satu perkara yang memang sahih.

Jadi, saya terfikir, macam mana dia nak menghadapi peperiksaan itu? Boleh terbayang, ayah bebel-bebel pada Syira yang sibuk 24/7 depan laptop, salah satu perangai saya juga, macam ayah bebel pada Adik dulu. Then, terbayang, Guru Besar dekat sekolah, sibuk-sibuk bagi "semangat" pada budak-budak Darjah 6. Kumpulkan semua budak-budak tu, marah-marah budak-budak bising, bagi denda seketika, tunggu Guru Besar turun, bagi ucapan 30 - 40 minit, then suruh budak-budak naik kelas, cakap, jangan buang masa, belajar, itu untuk masa depan. Then, benda yang sama dilakukan hampir setiap hari. Kalau hari-hari dengar nasihat yang sama, budak-budak tu memang tak kan buang masa. Agaknya.

Lepas habis UPSR, beberapa tahun kemudian, PMR pula. Perkara yang sama akan dilakukan. Bebelan ibubapa, nasihat pengetua, desakan guru. Semuanya berulang. SPM pun begitu juga. Tidak lupa, bagi yang pernah mengambil PTS, saya yakin, mereka semua memberi tekanan yang sama.

Kalau kamu semua masih ingat, masa nak UPSR dulu. Ramai cakap,
"Buat elok-elok. Penting ni."

Budak-budak yang agak celik hatinya, memang akan berusaha dengan gigih untuk menggapai keputusan itu. Bila dah capai, rasa macam dunia ini aku punya. Melompat sampai tak cukup tanah. Senyum sampai ke telinga. Ya, aku dulu mengalami sindrom ini. Cuma, bezanya, saya tidak terlalu tertekan untuk menjadi seorang calon UPSR. I took it simple. Haha. Kids, don't try this anywhere.

Tetapi, apa bezanya dengan high-scorer in UPSR and the ones who did not score? Semuanya pun tetap masuk ke sekolah menengah. Perbezaannya, sekolah. Ada yang dapat menjadi pelajar sekolah yang agak terkenal, ada yang hanya memasuki sekolah harian biasa. Okay, kita tolak budak-budak yang agak lucky dan tumpukan pada pelajar sekolah menengah harian. Sini pun, ada perbezaan. Yang ada A, kelas atas-atas. Yang tiada A, kelas bawah-bawah. Gedebak gedebuk, PMR time. Yes, tekanan yang sama. Semua akan cakap, inilah penentu kehidupan anda. Okay, boleh terima. Gedebak gedebuk. Naik Form 4. Sort out lagi, tengok layak masuk aliran mana berdasarkan keputusan. Percaya atau tidak, anda akan bertemu dengan rakan-rakan sekelas anda. Perubahan pun, hanyalah minor. Tiada banyak beza.

Naik Form 5, SPM. HAH! Sekali lagi, inilah penentu kehidupan anda semua. Penentu bagi segala-galanya. Kalau anda dapat menempuhi ujian ini, insyaallah hidup anda terjamin.

Habis SPM, dapat result. Apply IPTA, IPTS, Scholarship. Mana-manalah.

Dapat enrol mana-mana, pun akan rasa, wahh indahnya dunia.

Tunggu bila dah nak final exam, Akan berulanglah perkara yang sama. Cuma bezanya, kita tidak akan dikumpulkan seperti zaman sekolah. Pendekatan yang berbeza akan digunakan. Perisiannya tetap sama, "Peperiksaan ini sangat penting. Kalau flunk exam ni, macam mana nak dapat kerja yang elok? Macam mana nak sara hidup?"
Macam nak ambil SPM pula. Atau PMR? Or maybe UPSR?

Sampai bila? Setiap peperiksaan dikatakan penting untuk kehidupan.
Yang mana satu penentu segalanya?

Akan disambung dalam entri akan datang.

Love,
Pja

Tuesday, December 01, 2009

Apa Band-de la~

Pacak tumit lenggang paras,
Pacak tumit lenggang paras,
Pacak, pacak~
Pacak jangan malas,
Nanti komander marah,
Nanti kita susah.


Lagu kami masa time kawad, disertai dengan kawad lenggang.
Sambil dinyanyikan dengan penuh variasi, soprano, beatbox, bass, you name it.
Terbaik~!!!

Hahaha one of the good times during LIBB.

You see, I had fun in LIBB.
At least for me, I guess.
Ada masanya, mereka main dengan tiada semangat.
Aku sibuklah ikut beat, not to say that they were off-beat, no. They were excellent! Just that, masa main tu, aku tengok ada muka x happy main. Semua penat. Sigh. Pity. Nasib baik, towards the end, makin lama makin lively la mereka main. Aku pula yang terbalik. I don't know why. Curse me for that!

Okay.
Hmm, I had Azira [BB], Suhaila [BK] and Zafirah [BK] as my roommates.

Gosh, I feel pity for the BK's. Mereka macam human machine. Tidur lambat, kawad tengah-tengah panas lama-lama, diri statik lama-lama [This one sampai kiamat pun aku tak boleh buat, seriously. Proven], makan laju-laju, wargh dan bermacam lagi. Kasihan! T.T
Tapi, mereka memang tabah. Salute la! I don't think I will survive 10 days of that, maybe just 5. Hahaha perasan!

Kami budak band, agak relax. Kot. Boleh la. No hard pressure. All because En. Z and En. Din yang telah terbiasa dalam tentera yang budak band dianggap sebagai anak emas. o.0 I think. They said that themselves. En. Hamid pun pernah mengeluarkan statement itu. Oh well.

At first, ada terdapat sedikit kekeliruan antara ketiga-tiga jurulatih ini. Okay, maybe sampai ke akhir majlis penutup. Seorang, inginkan yang mudah dan terbaik dari kami semua, lagi dua orang, inginkan yang sempurna bagi kami semua. Yang mana lebih baik? Tepuk dada tanyalah selera. Tetapi, apa yang dapat dilihat, based on my observation, too many cooks will just spoil the cooking. I'd rather have one teacher, who may not be the best, but can take control of all things, and let it run smoothly. Kesian Yon. Kejap kena cut kejap tak. Haha.

What else. Oh my! I have so much to tell sampaikan tak tertulis. Hmmm.
Hah! We went to this Balai Bomba pada, tak ingat tarikh.
I did this one activity, what do they call it? Absailing? Yeah something like that. Best gila! Hahahaa
Nak buat lagi!!
Oh, ada sorang abang yang jaga kat atas tu, ramai cakap handsome. Memang kot. Tapi muka sangat familiar. Tak tau kat mana jumpa. Hmmm

Awards untuk budak-budak band.

Seksyen Percussion Terbaik
Buye.

Seksyen Brass Terbaik
Nani

Seksyen Reed Terbaik
Nadzi

Bell Lyre Terbaik
Azira

Anugerah Khas Drum Major
Fikri

Saxophone under Reed. Nadzi is just too talented to win over. Am just satisfied with 85 markah. At least an A! Yay! Nadzi 96 wor~ o.0

Oh, walaupun dalam jangkamasa yang pendek lagi padat ini, sempat jugalah aku cuci mata. Hahahaa
Ouh, baik tak tulis. Syah baca. Kepoh je dia nanti.
Hahahhahahahahaa
Sorry~ :P


Okay.

What do I get from this LIBB?

Kami sekarang boleh dikira rapat la juga. Siswa ke siswi ke. At least, dah bertegur dengan semua orang.

Though, ada some internal konflik, which, I didn't get involved in, but oh well. They were just pissed. That's all. I think everything is fine by now. I hope.

Sekarang pun dah tahu la juga sikit-sikit perangai semua orang. And orang pun tahu perangai aku, kot. Hahaha

Oh well, now we know, what to do to whom what not to do to whom. Yet again, I guess. o.0

I tried every single instrument that we have, so far, reed semua boleh main, tapi nak main Clarinet perlu a lot of practice. o.0

Brass, susah laa lipping dia. Eupho ngan Thrombone lagi senang tiup daripada Trumpet. Hmphh! On my list!!

Bell Lyre, tempo slow boleh main. Hehe.

Okay, Snare ngan Bass x try lagi. Susah betul nak get hold of the sticks. Grr.

Hmm. What else.

Oh! Dapat tahu yang Amir [Master] sebenarnya dulu budak VI. Sampai Form 3, menurut kata McD. o.0 That explains how he could play the Snare, Roto, Bass so well. He could handle the Base/Bass [Batang panjang yang DM pegang] so so so well. Tinggi gila dia lambung, and tangkap sebelah tangan je. Boleh lawan Azim. Hehee

Lagi, dapat tahu yang ramai budak band adalah budak JB. Seniors and all. Dio pun, duduk Pontian. Dulu kerja kat JJ Bukit Indah, masa aku kerja kat Kenny. Kawan Syafiq O.O

Lagi, Hah! I broke one of the part of my Saxophone. After that, main pun dah x seronok sangat. Maybe that explains my bad performance. Sigh. X best betul yang baru, cilok dari yg Saxophone nombor berapa tah. Sigh.

10 hari je kat sana, by hari ke berapa, dah satu band tahu pasal, my abnormality. Thanks to the guys. Sigh. Fikri dengan Yon. GRRR!

Apa lagi ya? Hah, ramai siswi yang x makan sayur and ikan keli. Adoyai. Susah hidup kalau ada yang tidak dimakan. Susah nak enjoy food. Haha. Aku? So far semua benda boleh telan, except, timun laut. Omigod, jauhi benda itu. Nasib baik lah benda tu jarang dimasak oleh orang. I guess. Hahaha

Oh! Main sambil menari is so hard for me. Grr. Buat malu diri je. Sigh.


Ingatkan nak post gambar, tapi, sangatlah banyak gambar yang nak diletak, sampaikan hang laptop. Takpe lah. Buat slide jer pun okay kot. Hehe.


Okay, maybe tu jer. Dah berzaman dah tulis pasal ni. Berhari-hari. o.0

Maybe, itu je yang dapat ditulis. Tu la, sepatutnya petang balik, malam tu dah post blog. LoL

I am so bad at remembering details.


Love,

Pja

Sunday, November 15, 2009

Announcement.

LIBB [Latihan Intensif Brass Band] starts today.

15th November 2009 till 25th November 2009.

Hopefully I'll be fine.
Haha.

I think they will confiscate our phones.
Haha.
Okay, I have to find an alarm clock.
o.0

Really need to get healthy, seriously.

Can't wait to go to Malacca. There is this activity, I don't know how to spell, but sounds fun. Wee~

Will be back in JB on the 25th itself. Maybe. Hopefully.

Okay, time to pack. Haha

Love,
Pja

Wednesday, November 04, 2009

I'm feeling good. [Edited]

Salam.
Mates!

Okay, final is up now. Hmm so far so good. I don't think that I'll flunk any subjects, yet. But it is hard for me to score A+ for BEL and FAR, and very hard for me to score A for CTU. Haha. But I'm aiming B+ for the lowest that I can score. Uh, okay whatever.

Bye 4 flat. *sobsob*

Sedih tau, Mak suruh dapatkan 4 flat. T.T
Thank God my parents tak pernah suruh dapatkan any specific results masa zaman sekolah dulu.
Baru tahu perasaannya pabila disuruh untuk mendapatkan sesuatu.
Hmm
Wargh!

Adoi. Takpe.
Insyaallah boleh. Hehe.

So, up next is AIS. Accounting Information System. This one is pretty hard, reading subject again. I do not like reading subjects! Grr AIS, 5th November. Hmm Okay, I have the whole day tomorrow to study. Maybe 3 hours. Haha. Tolonglah paksa aku study. T.T

Last paper will be on 9th November, used to be my fav subject in school, Math. Hmm, need to brush up on some chapters, then voila, I'm all ready for my holiday! Hahahaha == Pja, stop it.

My carry-marks!

Haha Saja nak bangga-bangga. Carry-marks jer boleh bagitau. T.T

BEL 120 - 51/60 + x/10. Final - 30%

FAR 100 - 28.6/30. Final - 70%.

CTU 101 - 30/40. Final - 60%.

AIS 130 - 35.35/40. Final - 60%.

MAT 126 - 35/40. Final - 60%.


Hmm, Highest for FAR and BEL. Yeah! CTU, no comment. T.T AIS, average. Flunked in my test. Grr MAT, not the highest. T.T

Okay, enough about my studies. Haha.
Oh, do not judge anything. I have my ups and downs.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

I've been quoted! Uhh is that the right term? Oh well.

Sila tekan

Bangga jap.
Haha tapi itu random jer o.0
Kebosanan melanda.

Hmm

Nak tidur lah.

Tengah sakit mata, ubatnya hanya tidur. [Ini bukan sakit mata mengantuk, memang sakit mata]

Bye,
Pja

Btw malas nak tukar font ke hape ke.
Hehe

Monday, October 19, 2009

Sakit hati sikit.

Is is easy for someone to forget his/her "once loved one" and love his/her "new loved one"?

I'd say it is if that someone was just playing around.
It is not for those who were serious in their relationship.

My advice,
Do not let things affect you and your emotions as you gain nothing out of it.

For those who haven't gotten any boyfriend or girlfriend, please, stay that way. Puppy love [kot. Cinta monyet lah], sangatlah distracting. This is based on my own experience. HaHa. Padan muka. Hmph.

Nanti dah masuk U barulah cari. LoL.
Tapi janganlah sampai buat benda pelik-pelik.
Chill, ada jodoh adalah. LoL
Oh, jangan ponteng kelas! Assignment kena hantar. Homework tak nak buat takpe, tapi jangan kantoi. :P

Woot, merepek sudah.
I have a test at 4 o'clock.
Just went through all the notes. [notalah sangat]
Tawakkal.
Adik-adik, tawakkal tanpa usaha tidak akan membawa anda ke mana-mana. Sila pastikan tahap kebolehan anda dahulu, terima kasih.
I'll post up my result, if I get excellent marks. :P
But I don't think I will.

Time to take a nap.
Till next time.

Pja

Dinner Band

Let's start with Saturday.

I woke up and realised that I was late for a meeting. Group 1 Brass Band meeting. After a quick shower, rushed down to Benteng. Ok, 2 orang je yang ada, and Dya belum sampai. Never mind. After a short discussion, Dya, me and Diba went to Bandar. Okay, Diba ditahan oleh Pak Guard. Kasihan. Kitorang pergi dulu. Sampai sana rayau2 Bandar tu banyak kali. == Sampai aku jatuh. Sakit, masih tak hilang. Macam nangka busuk. Ha Ha. Then Diba pun datang. Bla3, agak best la keluar dengan mereka. Haha. Dya kelakar jugak, Diba memang la. Yani [member Diba], suara lembut jer. Hoho. Balik Azim ambil. >.>

Pastu balik dari Bandar, which was 5.00pm++. Aku siap-siap, mandi-mandi untuk balik rumah Atuk Hassan pulak. Ajak Mama dengan Zira. Xde bas, naik teksi pakcik ape tah. Sampai-sampai, obviously ramai orang. So, nak tolong pun janggal-janggal. Haha padahal tiap-tiap tahun balik. Hoho. Xpe. Aku semacam mesra pulak dengan pakcik-pakcik, makcik-makcik, atuk-atuk dan nenek-nenek. Hmm maybe sebab dah 18 kot. Hehe. Adoii. Dapat fulus, :P. Balik, ayah hantar, hampir pukul 11 malam. O.O

Ahad pula, bangun-bangun jer pergi test Brass Band. Bapak soalan, nasib baik aku agak ada basic, untuk yang tiada tu agak susah la. Cuma, macam pelik nak jawab in BM. == Pastu ade ke tanya pasal Naib Canselor Timbalan Pengarah HEP. Gitu lah. Sangatlah terkeluar daripada topik muzik. Kot tanya nama betul Mozart boleh la terima kan. Haha. Okay, lepas test, pergi makan dengan budak-budak band. Lepas makan, pergi bilik Diba. Kasi harung sama dia punya bilik. Haha. Kesian gila, sangat bersepah. O.O Sini lagi la, budak-budak lagi gempak. Hoho. Seronok, gelak tak habis-habis. Pastu sama-sama Part 1 semua pergi kemas DSP petang tu. Seronok juga. :D

Dah lepas semua, balik bilik, dalam kol 7 untuk siap-siap. Cari baju last minute sangat susah okay. == Nasib Bay ada. :D Baju okay, cuma dewan sangat sejuk dan sleeve sangat la pendek, macam tiada langsung, so, kena pakai sweater. Haha. Rock habis la pulak kan. Adoii biaq pi la. Aku photographer. Hah. So, masa dinner, aku la yang ambil-ambil gambar. O.O Okay, diorang semua mcm bosan jer mula-mula. Lepas makan, ramai senior balik, so tinggal ramai Part 1. Mcm havoc sikit la. Hehe. Gambar pun banyak Part 1 jer. >.<>.<>.< Okay xpe. Masa ambil gambar last-last nih yang macam dah hilang mood. Tah la kenapa. Sampai sekarang adoyai. Sakit jiwa kejap. Haha. Nak senyum pun x ikhlas kot.

Maybe sometimes you will just lose the mood though you are in a cheerful environment. From :D to :( without any notice. Hah. Menopause kot. Hmm.

Will you be my smile?

Gambar sangat banyak, sapa yang kenal aku mesti tau aku proses gambar sangat lama. Haha.

Pja

Wednesday, October 14, 2009

Kegelapan Melanda.

Gelap.
Satu UiTM Segamat ni tiada letrik.
Tapi masih boleh online. :D
Bateri suam-suam kuku.
Xpe.

Ouh, tadi last perjumpaan KO. Seronok. Haha. Komander ada tanya sapa nak jadi BK, nanti kena pergi LIBK. So, next sem jadi Komander la. Tapi, LIBK sama masa kot dengan LIBB. NAk pergi LIBB, though rasanya dah boleh main, tapi still nak juga. >.< Punahlah harapan. Haha. But, xpe la. Komander banyak kerja kot. Dah la aku suka kerja last minute. :P

Wargh, susahnya nak online malam-malam gelap-gelap ni. Lepak bilik member bertemankan cahaya lilin. Mandi pun open. LOL

Pja