Bukan Nasi Lemak 2.0, soalnya Namewee...
MELIHAT reaksi orang ramai mengenai filem sulung arahan Namewee, Nasi Lemak 2.0 yang dikatakan mereka sebagai sebuah filem ‘komedi sosial’ yang baik lagi menghiburkan, ia tidak sedikit pun menarik minat saya untuk menonton filem tersebut.
Jika diberi tiket percuma pun, saya tidak mahu menonton filem ini, walaupun dibarisi oleh nama-nama selebriti handal yang saya kagumi seperti Afdlin Shauki, Datuk David Arumugam dan Adibah Noor, apatah lagi melanggannya di Astro First apabila filem itu habis ditayangkan kelak.
Sebabnya, bukan kerana filem Nasi Lemak 2.0. Tetapi kerana si pengarah dan penulis skripnya yang banyak mengguris hati rakyat Malaysia sebelum ini.
Tentu kita belum dapat melupakan lagi, pemuda yang berasal dari Johor ini pernah dengan lagu Negarakuku, memperlekeh negara dan menghina wanita Islam bertudung dan azan subuh.
Selepas itu, dia atau nama sebenarnya Wee Meng Chee buat hal lagi dengan menghina TNB dan dalam lagu bertajuk Kawanku menghina Melayu dengan lirik ‘Melayu Balik Hutan Jadi Sakai’.
Dan ada lagi, dia membuat satu lagi klip video yang menghina Guru Besar dan Kementerian Pelajaran dengan perkataan-perkataan lucah.
Sekarang, Namewee melalui Nasi Lemak 2.0 pula menyifatkan, filem lakonannya itu adalah aspirasi 1Malaysia, yang melambangkan penyatuan dan perpaduan kaum di negara ini.
Alahai, dia pula bercakap pasal 1Malaysia. Adakah anak muda ini sedar, bukankah perpaduan di negara ini dipupuk dengan cara kita menghormati setiap kaum yang ada. Bukan dengan menghina dan memperlekehkan sesuatu kaum dan negaranya seperti yang disiarkan di YouTube.
Namun ‘perjalanan seni’ anak muda ini boleh disifatkan luar biasa, kerana setelah apa yang dilakukannya, peliknya dia masih diberi peluang berjumpa seorang menteri, dan tiada tindakan yang diambil terhadapnya.
Dan dia yang banyak ‘diberi muka’ ini juga dengan yakinnya mahu berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula untuk menyokongnya berkarya atas nama 1Malaysia.
Siapa dia Namewee ini, apa keistimewaan dan kekebalannya? Jawapannya, lelaki ini telah menyakiti hati ramai orang terutamanya orang Melayu dan umat Islam di negara ini.
Seperti yang ditegaskan, saya tiada masalah dengan filem Nasi Lemak 2.0. Saya menyokong filem tempatan dan tidak kisah mengeluarkan wang menonton filem Melayu di pawagam.
Apabila memperkatakan tentang filem berunsurkan 1Malaysia, bukan filem Nasi Lemak 2.0 sahaja mempunyai aspirasi ini. Saya juga telah menonton filem Estet di pawagam.
Estet arahan Mamat Khalid ini menggabungkan kehidupan semua kaum di negara ini yang saling hormat-menghormati dan membantu antara satu sama lain dalam sebuah kampung.
Dan saudara Mamat kita ini, tidak heboh pun dengan mengangkat filem tersebut sebagai filem 1Malaysia!
_______________________________________________________________________________________________
That's the article that provokes the anger of Namewee. It's taken from here.
And this is the response video of Namewee.
What breaks my heart here is that, orang sekarang, even tinggi mana belajar pun, tak pandai dah nak berkalis dalam
menyampaikan idea or tentangan. Tak boleh ke dia buat in a more proper way? Cakap dengan lebih polite, itu lagi menusuk hati kot.
I'm not saying that the reporter is right. Yes she is wrong to have written that article in a national newspaper. If it is wrote in a blog, boleh lagi lah, tapi tulis dekat surat khabar, salah tu. However I do agree with her. Isn't it ironic when someone who had once, no, many times, caused ruckus sebab mempermainkan lagu kebangsaan, menunjukkan morality yang rendah, menghina kaum lain, menunjukkan racism diri, buat satu movie yang berkonsepkan 1Malaysia. What the reporter is trying to say that dia tak sanggup nak terima yang this guy, yang dah banyak kali guris hati Malaysia, hati penduduk Malaysia, buat movie yang macam contradict dengan personaliti dia.
Not one in the article yang menunjukkan dia condemn movie tu. Title pun dah terang-terang tulis, "Bukan Nasi Lemak 2.0, soalnya Namewee." She has an issue with the director, not the movie.
Yang si Namewee tah kenapa melatah tak tentu pasal gebang marah-marah cakap reporter tak belajar bodoh tak reti nak tengok dulu baru komen movie. It's like, oh my God, dia tak faham ke artikel tu nak sampaikan apa? Dengan the way dia convey his anger in a very vulgar way, yes, he censored all the cursing words, but dia fikir orang tak tau ke? Even budak sekolah rendah pun faham apa dia cakap.
You see, how corrupted people of this nation is? Even primary school students pun sekarang pandai mencarut.
And the people who supported this guy, they are just the same. They worship him, konon namewee ni otai, cakap main lepas tak takut apa. Can you see how low is that? The video is on YouTube, where anybody in the has access to. This is what you guys want people from other regions see how we are? How bad is our attitude? How bad is our language? Not to mention those who dropped comments with severe grammar mistakes. It's like, very depressing.
Actually, I don't really blame namewee. If I was in his place, I will be so angry, maybe agitated. But I am highly sure that I won't convey my anger in a way that is similar to him. Mencarut? Mungkin, cuma dalam hati, ataupun di tempat yang tiada orang boleh witness, contoh kat rumah ke. Tak perlu lah make it public. It is very shameful, macam menjatuhkan maruah sendiri. Dari situ boleh nampak dah tahap kesopanan dan kesusilaan seseorang.
I am very dissapointed right now. Mungkin, ramai yang on my side, cuma tak ramai yang comment on the video. Tapi, ramai juga yang sokong namewee, sokong CARA namewee.
Macam mana negara nak maju kalau pemikiran rakyat kolot, tak pernah nak berfikir menggunakan akal, hanya mengikut hati dan perasaan yang tidak stabil.
Btw, disclaimer. I AM JUST NOT HAPPY WITH NAMEWEE'S WAY OF RESPONDING TO THE ARTICLE.
Just in case, there are people who don't get what I mean.

1 komen:
ak sokong psl point psl namawee pernah lukakan hati rakyat malaysia
dan ak mmg menyampah bila tau namawee tu director nasi lemak 2.0,bukan racist,tp dia ni mmg x tau hormat orang/bangsa lain
-hakim zin-
Post a Comment